OKay..post yg pendek dan padat..da lambat da sennay niyh..na kene g plkn..ditempatkan di plkn gambang,Kuantan..utntuk 3 bulan..huhu..mula2 cam excited.macam malas un ade..tapela pape un..doakan yg terbaik utk saye ye..!
Followers
Friday, 4 January 2013
Thursday, 3 January 2013
Tanda Hati Sudah Mati
Okay.Assalamualaikum WBT..seperti yang kita tahu..hati merupakan raja bagi segala perlakuan kita.Dalam hadis Rasullah SAW ada mengatakan : Dalam sesuatu jasad ade seketul daging,Apabila baik daging itu maka baiklah seluruh jasad itu.Apabila buruk daging itu,maka buruklah seluruh jasad.Dan daging tersebut adalah HATI.
Hati yang baik akan membawa jasad ke arah kebaikan dan sudah tentu juga akan membawa orang disekelilingnya kearah kebaikan juga.Hati yang mati ini amatlah dikhuatiri dan dibimbangi kerana hati yang mati adalah hati yang gelap dan susah untuk menerima nasihat,,dan lain2 lagi..Apabila hati sudah mati..Adakah anda dapat jamin jasadny mampu melakukan ibadah dengan lebih baik?
Tanda tanda hati MATI adalah seperti yang berikut:
- Mengaku kenal Allah swt,tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
- Mengaku cinta kepada Rasullah SAW,tetapi mengabaikan sunnah baginda.
- Membaca Al-Quran,tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum didalamnya.
- Memakan nikmat-nikmat Allah swt,tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
- Mengaku syaitan itu musuh,tetapi tidak berjuang menentangnya.
- Mengaku adanya nikmat syurga,tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
- Mengaku adanya siksa neraka,tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
- Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa,tetapi masih tidak bersedia untuknya.
- Menyibukan diri membuka aib orang lain,tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
- Menghantar dan menguburkan jenazah,tetapi tidak mengambul pengajaran daripadanya.
Punca-punca hati mati adalah:
- Hati tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
- Hati juga mati jika tidak diberikan makann dan santapan rohanni sewajarnya.Kalau tubuh badan boleh mati jika kita tidak makan dan minum..begitu juga hati.
Oleh itu..ubatilah hati kita kerana hati yang mati kadang akan menjadi penghalang untuk kita mendapat apa yg kita hajati..
Tuesday, 1 January 2013
Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran
Bukan mudah untuk menjadi pelajar cemerlang namun ade beberapa tips dan jalan yang telah Allah SWT sediakan utk kita melalui surah al-Mukminun ,surah yg ke 23 dalam permulaan ayat..Insya Allah kita boley praktis dan amal2 kan dan sebar2 kan..
01. Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama.Maka imanlah faktor utama kejayaan.Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sifat positif yang akan disebutkan dibawah..
02. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03. Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04. Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada disaat-saat genting,janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan2 yang lebih susah di sekeliling kita.Kongsilah apa yang termampu,samada ilmu,kertas2 soalan tahun lepas dan lain2.Mana tahu berkat itu dibawa ke peperiksaan atau mereka mendoakan kita.
06. Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Walaupun sedang berada disaat-saat genting,janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan2 yang lebih susah di sekeliling kita.Kongsilah apa yang termampu,samada ilmu,kertas2 soalan tahun lepas dan lain2.Mana tahu berkat itu dibawa ke peperiksaan atau mereka mendoakan kita.
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan.Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat,jangan pula kita terus menulis.Sebaiknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'Azim."
07. Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
"Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi.Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus.Mereka kekal didalamnya."[23:10,11]
Alhamdulillah..itu sahaja tips ny..dan ada sedikit lagi ayat Ayat alquran buat dijadikan pedoman.
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
Taubatku
Sebelum mata terlena,
Dibuai malam gelita,
Takafurku di pembaringan,
Yang kerdil lemah bersalut dosa,
Mampukah ku mengharungi,
titian sirat nanti,
Membawa dosa yang menggunung tinggi,
Terkapai ku mencari limpahan
hidayah-Mu..
Agar terlerai kesangsian hati ini,
Sekadar air mata tidak mampu,
Membasuhi dosa ini,
Sebelum mata terlena,
Dengarkan rintihan ini,
Tuhan..
beratnya dosaku,
Tak daya aku pikul sendiri,
Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu,
Hulurkanlah makrifahmu,
Andainya esok bukan milikku lagi,
da mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi..
Sebelum berangkat pergi ke daerah sana,
Lepaskan beban ini,
Yang mencengkam jiwa dan ragaku,
Selimuti diriku,
Dengan sutra kasih sayangmu,
Agar lena nanti,
Ku mimpikan syurga yang indah abadi..
Pabila ku terjaga,dapatlah diriku rasai,
betapa harumnya,wangian syurga firdausi,
oh ilahi,
Akan ku teruskan selamanya,
pengabdianku kepadamu..
pengabdianku kepadamu..
Hingga ke hujung nyawaku...
Subscribe to:
Posts (Atom)
KHAIRUL IKHWAN | |
K | Komited |
H | Harum |
A | Amanah |
I | Ikhlas |
R | Ramah |
U | Untung |
L | Lemah-lembut |
I | Idealistik |
K | Kreatif |
H | Harum |
W | Warak |
A | Alim |
N | Naif |
Apa ada pada nama? |