Pada suatu malam,seorang lelaki soleh bermimpi berjalan disuaru kawasan perkuburan.Didapatinya semua penghuni kubur itu telah bangkit dari kubur masing2.Mereka kelihatan mengais2 tanah seperti mencari sesuatu.Keadaan kubur mereka gelap gelita.Tetapi ada sebuah kubur yang dihuni oleh seorang lelaki tua.Kawasan kuburnya memang terang benderang.
Lelaki soleh itu pun pergi kekubur itu lalu bertanya kepada lelaki tua itu. "Mengaoa kubur kamu terang benderang,sedangkan kubur mereka yg lain gelap gelita.Mereka juga kelihatan mengais2 tanah mencari sesuatu."
Dalam keadaan gembira ,lelaki tua itu menjawab, "Sebenarnya mereka menunggu pahala dan doa daripda anak2 mereka tetapi tidak juga sampai.Alhamdulillah,setiap masa ada sahaja pahala yang sampai pada saya.Pahala itu daripada anak saya yang masih hidup"
Lelaki soleh itu bertanya tentang anak lelaki tua itu.Dengan rasa kesyukuran,lelaki tua itu memberitahu nama dan alamat tempat tinggal anaknya.Selepas itu,lelaki soleh itu tersedar dari mimpinya,
Keesokan harinya lelaki soleh itupun bercadang untuk mencari anak lelaki tua yang ditemuinya dalam mimpi.Tujuannya ialah untuk mengetahui samada mimpinya benar atau sekdar mainan tidur.Lalu lelaki soleh itu pergi ke pasar seperti mana yang diberi tahu oleh lelaki tua itu.Selepas memberi salam,dia bertanya beberapa orang yg berada disebuah gerai tentang pemuda itu.
"Ada,itupun dia". jawab salah seorang lelaki yang ada disitu sambil menunjuk kearah pemuda tersebut.
Selepas mengucapkan terima kasih,lelaki soleh itu pun pergi mendapatkan pemuda tersebut.Setelah berada dihadapan pemuda itu,lelaki soleh itu berkata"Wahai orang muda,semalam saya bermimpi berjumpa dengan ayahmudan dia berkata dia sungguh bertuah mendapat anak seperti kamu.Bolehkah kamu ceritakan apakah amal kebajikan yang telah kamu lakukan.? "
Saya mencari rezeki yang halal san bibir saya tidak henti drpd berzikir dan pahalanya saya hadiahkan untuk ayah yang telah meninggal dunia."jawab pemuda itu dengan ikhlas.
Lelaki soleh itu merasa kagum mendengarkan ketulusan hati pemuda itu yang masih terus menunaikan tanggungjawab terhadap orang tuanya,meskipun orang tuanya sudah meninggal dunia.Kini jelaslah bahawa mimpi yang dialami oleh lalki soleh itu bukan sekdar mainan.
4 comments:
nice one :')
terharu sangat-2 ..semoga kita juga menjadi anak seperti dalam cerita tu ... aamiin
insyaAllah :) amin..cter niy cikgu cter mse at tadika dlu..saje teringt..cter blik.. ^_^
waa...bagusnya cikgu kongsi citer cemni :D
best dapat cigu suke bercerita ^_^
Post a Comment