Na dijadikan cter,,ade satu program at PLKN nameny amali solat,,Amali solat niyh menggesa pelatih untuk menghafal 10 perkara penting atau kbnyakannya rukun didalam solat sebelum disoal jawab oleh Ustaz dan ustazah yang terlatih..Pelatih diberi masa lebey kurang sebulan jugak la..untuk menyelesaikan 10 perkara tersebut,antaranya :
- Al Fatihah dengan betul makhraj berserta maknanya
- Bacaan sujud sahwi
- Bacaan sujud tilawah
- Doa qunut
- Doa selepas azan
- Doa selepas wudhu'
- Tahiyat akhir
- 3 qul
- Rukun dan syarat wajib solat
Nampak macam senang bukan sebab bende yang dibuat sehari-harian malah ada yang dibuat 5 kali sehari,,namun boleh dikatakan 20% yang hanya tahu baca alfatihah SAHAJA..Masya Allah..amat mengecewakan pada mulanya,,namun ia menjadi titik permulaan bagi saya untuk buka mata luas2 bahawa banyak insan di luar ini yang perlukan bimbingan terutama sekali dalam menunaikan solat.
Solat bukanlah perkara yang boleh dibuat main kerna Sabda Rasullah SAW : "Amalan yang mula2 sekali dihisab pada hari kiamat adalah solat seseorang,jika sembahyangnya diterima,maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia,dan jika solatnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia"
MasyaAllah,kalau begitu tiada gunanya sedikit pun amal didunia andai solat itu tidak sempurna.Bayangkan seorang yang solat tidak sempurna pun boleh mendapat dosa apatah lagi mereka yang tidak menunaikan solat..
Rasullah juga ada bersabda bahawa sesiapa yang solat dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak sempurna rukuk dan sujudnya,maka apabila ia mati ketika itu,dia mati bukanlah dalam agama Muhammad SAW..
Astagfirullah,nauzubillah min zalik,,hadis tersebut ana dengar dikhutbah jumaat semalam..Masya Allah,,,mari kita renungkn balik,,kita punya ilmu tapi adakah kita menggunakannya dijalan yang betull? Andaikata kita tidak sebarkan ilmu kita ini sudah pastinya satu hari nanty akan ada yang menarik kita dari masuk ke syurga kerana ilmu itu ada hak dan orang2 diskeliling kita juga punya hak..
Maka renung2kan dan selamat beramal :)
No comments:
Post a Comment