Followers

Showing posts with label Untukmu ibu. Show all posts
Showing posts with label Untukmu ibu. Show all posts

Monday, 16 April 2012

Ingatlah kepada Ibumu..





Orang kata aku lahir dari perut ibu..

Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu

Bila lapar, yang suapkan aku..ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan

berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu

bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun

cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus

sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu

sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

Ak terdetik untuk Mengkopi paste Nukilan Jejari Azhad ini kerana tersentuh bila penulis tidak sempat untuk menabur bakti sepenuhnya pada ibunya.Ak terfikir mampukah kita berbakti kepada ibu kita hari esok..? Ingatlah,sesungguhnya ajal itu di tangan tuhan.Berbaktilah padanya,mintalah kemafaan darinya selagi mereka masih ada.Sesungguhnya Redha Allah terletak pada Redha ibubapa.Susahkah untuk mengucapkan terima kasih ibu,terima kasih ayah? Fikir2kanlah..

 

Buatmu mak,Ratu Hatiku..

Saat ini,ak lihat dia sedang tidur..sungguh lena..ku selimuti dia agar tidak kesejukan..ku tatapi raut wajahnya yang  sejuk,cantik dan menawan..Ak duduk sejenak..sebak.. Sungguh..permata itu mengalir laju dipipiku..Hatiku sendu..Kini ak hanya memiliki dia untuk ku taburkan bakti sepenuh jiwa didunia ini.Mak..Ak sayang padamu lebih dari segala yang ku miliki kini..

Mak..kini aku mahu taburkan segala keringatku semata untukmu,,ak inginkan kejayaan demi kegembiraanmu,,ak ingin mengecap keselesaan untukmu,,mak,,Sungguh kaulah segalanya bagiku,,ak ta mampu sendiri tanpamu,,tapi demi impian yang kau citakan,,ak berkorban dengn jiwa raga..ak akan berusaha sehabisnya,,untuk kesenanganmu..Mak..Ak sayang padamu lebih dari segala yang ku miliki kini..

Mak..kaulah permata hati,,kaulah penyejuk jiwa,,kaulah segalanya,,doakan anakmu ini,,berjaya di negeri orang,,meraih matlamat yang dicitakan..sungguh doamu itulah segalanya,,doa mu itulah yg mujarab hasilnya,,akan kususuli dengan seribu daya,sejuta usaha,jiwa dan raga demi mencapai apa yang kau pinta..

Mak,,maaf ku pinta darimu atas segala kekhilafan ku..atas segala keterkasaran ku..juga segala kataku yang buatmu terguris..tidak pernah dihati ini berniat kan semua itu..Mak..ku akan terus menjadi anak yang terbaik untukmu,,membalas jasamu,,juga untuk menjadi anak yang soleh,,buatmu mak,,RATU HATI KU..




Abang sentiasa mendoakan,,panjang umur mak,kesihatan tubuh badan,murah rezki,dipermudahkan urusan dunia dan akhirat..bagitu juga  untuk adik beradik yang lainnya,,amin..Selawat dan salam buat junjungan nabi Muhammad SAW..amin,ya rabbal alamin..
KHAIRUL IKHWAN
KKomited
HHarum
AAmanah
IIkhlas
RRamah
UUntung
LLemah-lembut
IIdealistik
KKreatif
HHarum
WWarak
AAlim
NNaif
Apa ada pada nama?