Followers

Tuesday, 24 January 2012

8 Sifat lelaki penyayang

Sudah tentu ramai dari kita untuk mengidam2 kan pasangan yang penyayang bukan? tapi bagaimana na tahu sejauh mane sifat penyayang dia.? hehe..senang jer..oleh kerana kebanyakan blogger adalah perempuan,maka saya berkongsi kan sifat2 penyayang yang akan ditunjukkan oleh lelaki penyayang.

Haa korang sti ta sabar2 na tau an..sifat2 nya adalah seperti yang berikut..

(1).Suka Haiwan.
Lelaki yang penyayang akan suka haiwan,tapi ta semestinya kalau dia ta suke kucing maka dia bukan penyayang.Suka haiwan tidaklah dimaksudkan dengan suka at sume haiwan,tapi mungkin haiwan2 tertentu,tidak kisahlah sama ada kucing,arnab,burung,kambing,lembu ke..Kalau ade kucing kurap datang at meja makan,orang lain sepak2..tibe2 datang at mamat sorang niyh,,dia bagi tulang ayam,siap ckap2 lagi ngn kucing ue..korang dapat bezakan mane satu yang penyayang?

(2).Suka kanak-kanak
Lelaki yang suka akan kanak2 berpotensi untuk menjadi bapa yang baik.Bak kata Dr.Fadzilah Kamsah,sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak2 sudah cukup mencerminkan dirinya dalam kategori lelaki yang bagaimana.Ada lelaki yang tidak suka kanak2,rimas katanya.

(3).Hormat orang tua.
Hormat orang tua yang dimaksuskan bukan sahaja menjaga percakapan,tidak melawan,malah apabila kita melihat mak penat wat keje,tolong mak,senangkan hati mak.Ini kerana dunia ini bagaikan satu putaran,Apa yang kita lakukan pada orang lain pada hari ni,maka begitu juga perkara yang sama orang lain akan lakukan kepada kita pada masa hadapan.


(4).Mengambil berat adik2.
Bukan sahaja dengan adik beradik,tetapi lihat adik2 disekelilingnya juga.Sebagai contoh jika pelajar di asrama tengok sama ada adik2 senang dengan dia ataupun tidak.Bila adik2 mahu bermain dengannya.lihat sama ada dia buat bodoh ataupun melayan karenah mereka.Jika dia sanggup melayan karenah adik2 itu maka secara tidak langsung menunjukkan bahawa dia seorang yang penyayang.


(5).Prihatin terhadap kawan.
Lelaki yang penyayang juga seorang yang tidak pentingkan diri dan tidak ragu2 untuk bantu kawan mereka ketika susah.Tetapi lain pula ceritanya jika dia menolong sebab kene buli,manela tau.Menolong bab niy adalah pertolongan yang ikhlas dan tidak pernah meminta balasan.


(6).Pandai menjaga hati pasangan.
hm,,Bab ni ta bape na pandai plak nak explain.lelaki yang penyayang akan berasa perasaan yang sama setiap kali pasanganny sedih atau pun tidak tenang.Pabila pasangannya berduka dia mampu membuatkan pasangannya kembali ceria.Tapi kalau dia penyebab pasangan dia berduka tu tatau r plak.


(7).Susah marah.
Lelaki yang penyayang sudah tentu tidak mudah marah,sentiasa berfikiran positif,dan penyabar.Agak payah juga untuk mencari insan2 terpilih yang memiliki ciri2 ini..Lelaki dalam kategori ini sudah tentu akan mewarnai hidup anda dengan keceriaan insyaalah.


(8).Sentiasa murah dengan senyuman
Bila anda tengok lelaki tu,sejuk jer..sentiasa senyum jer.Ini menandakan elemen kemesraan yang ingin ditunjukkan kepada siapa yang memandang.Seboleh dia ingin menegur semua orang dan berbaik dengan semua orang.


So,amacam..? ada ta ciri2 niy dalam pasangan atau bakal pasangan korang? Tapi saya percaya bukan ini sahaja ciri2nya tapi banyak ag an..Setiap dari kita memiliki sifat penyayang tapi adakah sifat itu menyeluruh dan memberi kesan kepada kehidupan seharian kita? Renung2kan..



2 comments:

Helmet Putih said...

Baca dari ciri pertama OK ke dua OK tapi bila sampai ke ciri ke tujuh KO ... Belum cukup penyayang agaknya aku ni ...

Kay Sablihan said...

haha..boley cbe ag..;)
bgusla ad ciri penyayang :)

KHAIRUL IKHWAN
KKomited
HHarum
AAmanah
IIkhlas
RRamah
UUntung
LLemah-lembut
IIdealistik
KKreatif
HHarum
WWarak
AAlim
NNaif
Apa ada pada nama?