Followers

Friday, 27 January 2012

Kelebihan mandi malam

Kbnyakan dari kita mesti dah tepahat dalam pale otak bhawa mandi malam itu membawa mudharat.Persoalannya,adakah ia benar ataupun tidak?


Dr.Anies Tan,seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan, mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi,juga boleh menghilangkan stress.


Katanya mandi memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun badan selain mengelakkan berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain,


"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes,hipertensi,kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan,cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit ini"kata beliau.


Berikut adalah kebaikan mandi kepada individu yang mengamalkannya,,


Menurut Dr. Anies Tan.
"Air mandian suam boleh mambuka liang2 roma badan dan membantu menghilangkan toksin,"
"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik.Tapi kalau anda sedang mengalami stress,mandi dengan air sejuk kerana ia boleh membantu"


Katanya negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas sepanjang tahun ,oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan sebenarnya.
"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk.


Pengamal perubatan hassan saidin menerangkan
"Mandi adalah kaedah baik bagi merelakskan otot badan"
"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.


"Terdapat banyak salah paham tentang salah paham tentang isu mandi pada waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit.


Persoalannya kenapakah orang tua2 mengatakan mandi malam tidak baik?


"Masyarakat dlu guna perigi dan sungai untuk mandi.Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkn mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai.Mungkin sbab itulah orang tua melarang kita dari mandi pada waktu malam.


"Kini kita semakin maju dan mpunyai kemudahan yang jauh lebih baik.Bagi mereka yang pulang malam,eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur. " kata beliau.-Bernama.



#copypaste dari kosmo..huhuh..

2 comments:

KHAIRUL IKHWAN
KKomited
HHarum
AAmanah
IIkhlas
RRamah
UUntung
LLemah-lembut
IIdealistik
KKreatif
HHarum
WWarak
AAlim
NNaif
Apa ada pada nama?