Followers

Wednesday 22 February 2012

Perbaiki solat kita..

Assalamualaikum w.b.t..
Pada malam yan dingin ini,ingin saya bertanyakan para pembaca,sudahkah anda bersolat,,? jika belum,maka bersegeralah..sesunguhnya ia dapat memberi kita kelebihan di dunia dan akhirat sekiranya dilakukan solat dengan awal dan khusyuk kerana Allah s.w.t...

Insya Allah,hari ni kita akan berkongsi serba sedikit ilmu untuk perbaiki solat kita,memandangkan solat merupakan amalan pertama yang akan dhisab pada hari penghitungan,maka kita perlu menunaikan solat dengan sebaik mungkin,kerana solat yang baik dan sempurna dapat mengelakkan diri kita dari melakukan perkara mungkar.Insya Allah.

Kita mulakan dengan persiapan untuk solat, jika kita berpeluh atau badan berbau busuk seperti baru bangun tidur atau pulang dari kerja,sebaiknya sekiranya kita meluangkan masa sedikit untuk mandi terlebih dahulu,di samping mandi,maka kita bolehlah berniat mandi harus kerana Allah s.w.t,maka insya Allah setiap perkara yang dilakukan dengan niat kerana Allah ada pahala kebajikan.

Ketahuilah wahai para pembaca..
Rasullah SAW bersabda : "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mngerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yang mngerjakan umrah" HR Tabrani.

Masya Allah sungguh besar fadhilat dan kelebihan yang dkurniakan pada mereka yang bersolat,adakah kita masih mahu berdegil,sombong untuk menunaikan solat? Insya Allah,sampai disini sahaja perkongsian kita pada hari ini.Kita akan sambung lagi dalam tajuk yang sama pada hari yang lain bersama saya Kay Sablihan dalam segmen Mari Kenali Solat..



KHAIRUL IKHWAN
KKomited
HHarum
AAmanah
IIkhlas
RRamah
UUntung
LLemah-lembut
IIdealistik
KKreatif
HHarum
WWarak
AAlim
NNaif
Apa ada pada nama?