Followers

Wednesday 13 February 2013

Hadiah buat ayah

Pada suatu malam,seorang lelaki soleh bermimpi berjalan disuaru kawasan perkuburan.Didapatinya semua penghuni kubur itu telah bangkit dari kubur masing2.Mereka kelihatan mengais2 tanah seperti mencari sesuatu.Keadaan kubur mereka gelap gelita.Tetapi ada sebuah kubur yang dihuni oleh seorang lelaki tua.Kawasan kuburnya memang terang benderang.

Lelaki soleh itu pun pergi kekubur itu lalu bertanya kepada lelaki tua itu. "Mengaoa kubur kamu terang benderang,sedangkan kubur mereka yg lain gelap gelita.Mereka juga kelihatan mengais2 tanah mencari sesuatu."

Dalam keadaan gembira ,lelaki tua itu menjawab, "Sebenarnya mereka menunggu pahala dan doa daripda anak2 mereka tetapi tidak juga sampai.Alhamdulillah,setiap masa ada sahaja pahala yang sampai pada saya.Pahala itu daripada anak saya yang masih hidup"

Lelaki soleh itu bertanya tentang anak lelaki tua itu.Dengan rasa kesyukuran,lelaki tua itu memberitahu nama dan alamat tempat tinggal anaknya.Selepas itu,lelaki soleh itu tersedar dari mimpinya,

Keesokan harinya lelaki soleh itupun bercadang untuk mencari anak lelaki tua yang ditemuinya dalam mimpi.Tujuannya ialah untuk mengetahui samada mimpinya benar atau sekdar mainan tidur.Lalu lelaki soleh itu pergi ke pasar seperti mana yang diberi tahu oleh lelaki tua itu.Selepas memberi salam,dia bertanya beberapa orang yg berada disebuah gerai tentang pemuda itu.

"Ada,itupun dia". jawab salah seorang lelaki yang ada disitu sambil menunjuk kearah pemuda tersebut.

Selepas mengucapkan terima kasih,lelaki soleh itu pun pergi mendapatkan pemuda tersebut.Setelah berada dihadapan pemuda itu,lelaki soleh itu berkata"Wahai orang muda,semalam saya bermimpi berjumpa dengan ayahmudan dia berkata dia sungguh bertuah mendapat anak seperti kamu.Bolehkah kamu ceritakan apakah amal kebajikan yang telah kamu lakukan.? "

Saya mencari rezeki yang halal san bibir saya tidak henti drpd berzikir dan pahalanya saya hadiahkan untuk ayah yang telah meninggal dunia."jawab pemuda itu dengan ikhlas.

Lelaki soleh itu merasa kagum mendengarkan ketulusan hati pemuda itu yang masih terus menunaikan tanggungjawab terhadap orang tuanya,meskipun orang tuanya sudah meninggal dunia.Kini jelaslah bahawa mimpi yang dialami oleh lalki soleh itu bukan sekdar mainan.


Tuesday 12 February 2013

Hang out Dak PLKN.!

Assalamualaik dan selamat sejahtera pada pembaca..huhu..saje na cter at korang member baru jumpe at plkn..Hafizi dan Ommar Izi Hanafi..baru shj hang out bersama2 lantas mengeratkan lagi hubungn kami lebih dr seorang kawan yaitu teman dan sahabt..huhu..bermula dengan Ommar.

Hari pertama di PLKN Gambang,beliau duduk katil sbela ak..thats why kitorang memang rapat gler..Hafizi juga satu dorm,namun agak pendiam orangny hatta sekarang un lbey kurang jugak kcuali dgn orang2 yg rapat dgnny..gentle.syok gler kawan ngn kora.ak jg gigal..buat apebnde yg ak ske dan mereka niy bnyk menjadikan ak orang yg lbey matang.

Straight to the point td kitorang g Mid Vallley Megamall jalan2 tgok wayang sambl bincang forum yg kami akan bawa bersama2..naik cuti ney..ahaks..tgok wayang cter A good day to DIE HARD.

















Apapun terjadi..Harapnya hubungn ini berkekalan sampai bile3..! love u all guys.




Jadilah muslimah sejati :3


SILAPNYA SEORANG WANITA ialah::-

:}Bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA...:}Bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI...:}Bila dia memberi, maka dia akan BERIKAN SEGALA-GALANYA..

-Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI... wanita perlu BERHATI-HATI, janji manis di bibir... mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGIRIS HATI bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu... mungkin menjadi SELUMBAR yang MELUKAKAN... makanya, SELAGI BELUM PASTI... jangan memberi sepenuh hati, selagi belum memiliki dan di miliki SECARA HALAL dan SAH... JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita mudah memberi... maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI.
*~Cantikkah aku andai AURATku terbuka untuk disantap oleh matayang bakal membawa ALLAH murka...♥

*~Cantikkah aku andai MARUAHku tidak terjaga lalu senang di kata-kata oleh mulut mereka yang suka mengata..♥

*~Cantikkah aku andai AKHLAKku tidak terpelihara mudah sajadicanang dijadikan tajuk utama cerita...♥
A ade kat atas bangunan. B berada di tingkat bawah. A nak panggil B, tapi B tak dengar. A pun baling duit syiling ke B dengan harapan B mendongak ke atas. Tapi B terus tunduk amik duit syiling tu tanpa memandang ke atas [ke arah A].Bila A membaling batu ke bawah, lalu mengenai si B, baru B dongak ke atas.

#Agak-agak kita dengan Allah macam tu ke? Bila dibagi musibah baru nak pandang Allah??

#bila diberi nikmat tak dikongsi sikit pun dengan orang yang memerlukan (bersyukurlah).


*~Cantikah aku andai AGAMAku tidak terguna lalu mudah saja akualpa dek kerana tipuan dunia...♥ 

~Wahai MUSLIMAH,peliharalah AURATMU,MARUAHMU,AKHLAKMU & AGAMAMU agar kamu beroleh PAHALA & KEREDHAAN ALLAH kerana seindah2 perhiasan adalah WANITA SOLEHAH...
•❤• 1 hariAku akan tinggalkanmu•❤• 1 hariAku akan lari darimu•❤• 1 hariKau akan menyesal kerana tidak memilikiku•❤• 1 hariKau akan tahu bahawa akulah segalanya untukmu•❤• 1 hariApabila kau menyedarinya.. kau sudah terlambat untuk memilikiku

>>> Kerana aku Al-Quran sebagai panduan hidupmuMaka carilah aku sebelum aku pergi ke sisi Penciptaku 
(✿◠‿◠)



Monday 11 February 2013

Tangisku Dalam Sendu



Bilakah kalut hidupku akan berakhir
Kemana kumelangkah pasti ada yang benci
Inikah suratan atau dugaan tuhan
Walau bibirku mengukir senyum hatiku menangis

Tak siapa tahu keikhlasanku padamu
Cerita tak berasas dan tuduhan buta
Dihulur pada mu yang ingin kuhampiri
Malah diracuni fikiranmu agar aku tersingkir


Begitu banyak sekali persaingan aku harus tenang
Menghadapi sedangkan dirimu pula jadi perhatian setiap insan
Biar apapun jua tafsiran bermain dipenjuru hatimu
Relaku tempuh namun mengalah usahlah kau harapkan

Lambat laun nanti kebenaran terserlah
Di situlah juga akan kau sedari
Betapa tulusnya pengorbananku ini
Memperhambakan diri tak mengenal jemu
Ketahuilah kesetiaanku ini
Tidak pernah luntur ditelan waktu
Bagaikan batu besar menghimpit dadaku
Tiap hari berganti makin beratnya
Selagi tak terbukti keikhlasan hatiku
Selagi itu keresahan dan sesak di dalam



#Renungan bersama


✿ 3 mata yg tak dijilat api neraka ✿

1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
2. Membaca al-Quran sehingga menitis air mata.
3. Memandang wajah ibu yang sedar tidur atau sedar sehingga berlinang air mata.



Subhanallah!

"Barangsiapa yang menginginkan pelindung, maka Allah cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan teladan, maka Rasulullah cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan pedoman hidup, maka Al-Qur’an cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan peringatan, maka kematian cukup baginya.
Dan barangsiapa tidak cukup dengan semua itu, maka neraka cukup baginya."



Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.
Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.
Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.
Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.
Jadikanlah Al-Quran itu Surat Cintamu,
Jadikanlah Solat itu penghubung dengan Tuhanmu,
Jadikanlah Zikir itu Kerinduanmu,

Dan Jadikanlah Mati itu Pertemuan Pertama Dengan Kekasihmu.



Sunday 10 February 2013

Teluk Chempedak-I am 4 U..

Assalamualaikum..okay..first skali cter pasal pengalaman di Teluk Cempedak,,menari lagu I am 4 U sempena Beautiful Malaysia yg baru shaja dilancarkan..smpi sane tatau la kul bape.adela dlm kul 8 pastu beriadah bersama warga2 tua dan OKU.. senam2 rengang2 segala pastu pegi minum2.




smpai la tibe mase kitorang un menari la yg betol2 I am 4 U ue sempena pelancaran Beautiful Malaysia..habis j 2 round..plastik sampah diagihkan dan kitorang un wat la khidmat komuniti pertama untuk bersihkan pantai..bukan ade smpah pun..smpai tahap kutip pasir na penuhkan sampah.hik3

ta smpi 5 minit na kutip sampah tetibe ujan lebat gler trun..kitorang un berteduhla smbil sarapan meehun basah hujan..huhu..lepas 10 minit ue..hujan reda kejap..sume orang berkumpul..kitorang un sambung kutip sampah..







Lepas habis j kutip2 ue..kitorang makan2 sket..n ramai2 kumpul at depan skrin beasr utk tgok pelancaran Beautiful Malaysia..ta smpi dlm 10 minit lepas ue..tetibe hujan lebat trun..Semua orang lari lintang ppukang cari tempat teduh..

Time niy kitorang satu khemah dgn Menteri Besar Pahang dan Menteri Kewangn 2..pergh.! kitorang adela dlm 15 orang jd hero tukang pegang khemah untuk lindung menteri2 ue..lepas dorang selamat an diri..ak bwu nampak 2 khemah at blakang kitorang da terbang kene tiup..pokok2 tumbang..cikgu2 dah risau ngn kitorang..lepas reda sket..kitoarng un berkumpul at McDonald dekat2 ctu..

Dlam stengah jam lepas tu,kitorang un makan berat sket..daging kari ngn ayam goreng 2 ketul sorang..makan puas2..haha..padahal bukan buat ape un..


Dlam kol 12 lbey kitorang un bertolak blik bersama sedikit pengalaman bersama menteri2..pun boley..


Friday 8 February 2013

Untukmu Adam


Salam dihulur setulus bicara,
Sejahtera keatasmu sebagai hamba,
Moga kita masih berada di bawah rahmat-Nya,
Yang Maha Pengampun Maha Berkuasa.

Asif jiddan andai bicara Hawa,
Mengganggu Adam mencuri masa,
Sungguh mujahadah ini memandu Hawa,
Menyusun bicara meluah rasa.

Untukmu Adam,
Yang amat Hawa hormati,
Usah ditanya mengapa hawa pergi,
Usah disoal mengapa Hawa menjauhi,
Usah jua dimusykilkan hati,
Mengapa Hawa menjarakkan diri.

Untukmu Adam tiada benci,
pada perilaku dan peribadi,
Saat ini Hawa hijrahkan diri,
Mengatur langkah mendidik hati,
Cuba bermujahadah menongkah budi,
Mencari sinar yang didambai,
Lantas usah didukai,
Pengislahan diri.

Mujahadah ini mengajar Hawa,
Mempersiapkan diri meraih taqwa,
Menjadi insan yang lebih sempurna,
Dan menginsafi khilaf butir bicara,
Agar kalamnya selembut sutera,
Bak sekuntum Az-Zahra,
Yang harumnya menyenangkan jiwa.

Di jalan damai ini,
Harus Hawa siapkan diri,
Mengadun amal menyantun budi,
Agar menjadi Nisa berakhlak tinggi,
Mahmudah terpuji hiasi peribadi,
Zahir dan batin tiada sangsi.

Harapku jua,
Padamu Adam agar bersama,
Dijalan mujahadah ini kita melangkah,
Usah berleka dek kealpaan dunia,
Persiapkanlah diri , hati dan jiwa.

Semoga di suatu ketika,
Dirimu menjadi Imam kepada Hawa,
Memabawa Hawa di jalan yang sama,
Di atas hamparan kehidupan yang tersedia.

Hanya kerana Allah,
Kita bertemu,
Jua hanya kerana-Nya.
Mujahadah ini akan bersatu.

Andai lafaz sakinah itu bukan takdirnya,
Pada hati harus pasrah,
Jiwa harus tabah,
Ini suratan-Nya,
Pasti akan ada hikmahnya,
Usah kecewa,
Kerana niat utama sebuah hijrah,
Hanya kerana Allah semata,
Berdoalah,bersyukurlah,
Agar hati sentiasa menerima,
Setiap segala kerana Allah.

Moga untuk Adam pendamping An-nisa',
Adalah yang terbaik kurniaan-Nya,
Dan moga untuk Hawa,
Adanya sentuhan Rahmah,
Dari yang Esa Pemilik Cinta,
Menguatkan hati pada segenap rasa,
Agar hati yang bermujahadah,
Sentiasa berkilau dalam kasih sayang-Nya,
Menjadi permata yang berharga,
Untuk Ummah dan Agama.

Harapan dan doa diiringi,
Moga jua hubungan ini,
Akan sentiasa dirahmati Rabbi,
Sungguh,hanya kerana Illahi,
Mujahadah ini diharungi.

Akhir kalam daripada Hawa,
Untuk Adam lafaz bermadah,
Yakinlah..
Mujahadah itu pahit kerana,
Syurga itu manis fitrahnya,
Semoga haruman mujahadah ini,
Akan sentiasa mengharumi,
Taman perjuangan kita !

In Shaa Allah..

KHAIRUL IKHWAN
KKomited
HHarum
AAmanah
IIkhlas
RRamah
UUntung
LLemah-lembut
IIdealistik
KKreatif
HHarum
WWarak
AAlim
NNaif
Apa ada pada nama?