Followers

Wednesday, 28 December 2011

Keajaiban di sebalik air mata II..

Yeah..kte kembali semula dalam segmen renung2an..huhuh..Kembali pada perbincangan kita pada post yang lepas yaitu keajaiban di sebalik air mata yanga sy rase ta sume orang tahu sebenarnya.So,sy na share keajaiban ciptaan tuhan dimana airmata yang kte salu kluarkan itu terselit 1001 fadhilatnya.


Antara keajaiban air mata yang kita keluarkan itu ialah..

1.Membantu penglihatan

Air mata ternyata mampu membantu penglihatan seseorang , jadi bukan hanya pada mata itu sendiri.Cairan
yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh  menyebabkan mata menjadi kabur.


2.Mengurangkan stress atau tekanan


Air mata yang kita keluarkan juga mampu mengurangkan tekanan kerana air mata mampu mengeluarkan hormon stres yang berada dlm tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain dapat menurunkan tekanan,air mata juga boleh menyembuhkan dari penyakit yang boleh diakibatkan oleh tekanan seperti darah tinggi.


3.Melegakan perasaan


Meskipun kita mengalami pelbagai dugaan dan ujian yang melanda.Semestinya lepas nangis kita mesti rase lega btul ta..? ini kerana,sistem limbik,otak,dan jantung akan menjadi lebih lancar setelah kita menangis.oleh itu kita akan merasa lega.




4.Membunuh Bakteria


Tak perlu ubat titis mata,cukuplah air mata berfungsi sebagai antibakteria semula
 jadi,Didalam airmata terkandung cairan yang disebut lisozom yang boleh membunuh sekitar 90-95% bakteria2 yang terlekat pada tangan,bersin,dan mane2 bakteria hanya dalam 5 minit.Masya allah.



5.Mengeluarkan racun

Ternyata seorang ahli biokimia, Wiliam Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandungi racun.Ini bermakna airmata yang keluar itu juga membawa keluar racun yang berada dalam tubuh badan kita.



Terlalu banyak Keajaiban tubuh badan kita yang tidak pernah disedari sebenarnya..Sesungguhnya Allah itu maha pemurah dan penyayang terhadap makhluknya.Sudahkah kita cukup bersyukur terhadap nikmat yang diberika-Nya kepada kita..? Adakah dengan ini kita masih lagi sombong mahu dan angkuh melakukan maksiat dan kemungkaran..? 

Tepuk dada Tanya iman..Wallahu alam..


3 comments:

ayuna ayuni.. said...

thanks untuk entry ni. dapat input bila baca. :)
kalau macam gitu, kena menangis selalu. hehe

Anonymous said...

Subhanallah..

Ni yang rasa tak mengapa nak nangis selalu ni..

Salam kenal, saya follow awak kat sini
Latest entry-->Wordless Wednesday #2: Koleksi Mekap Part I

Kay Sablihan said...

hehee ^_^ ..
nangisla..tp jgn smpi abes air matany :p

KHAIRUL IKHWAN
KKomited
HHarum
AAmanah
IIkhlas
RRamah
UUntung
LLemah-lembut
IIdealistik
KKreatif
HHarum
WWarak
AAlim
NNaif
Apa ada pada nama?