Followers

Wednesday, 28 December 2011

Keajaiban di sebalik air mata III..

Bismillahirrahman nirahim
Segala puji bagi Allah ,Tuhan sekelian alam.Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta keluarga para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Alhamdulillah,hari ni saya masih lagi diberi kesempatan untuk menyambung perbincangan kte mengenai keajaiban disebalik air mata.Sebelum ni sy ad bercerita tntg kngn2 sy bersama air mata dan disusuli dengan kebaikan air mata..hari ni sy mahu berkongsi tentang air mata yang dapat memadamkan api neraka.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : " Tiap mata pasti akan menangis pada hari khiamat , kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah " Riwayat Abu Naim.

Hadis ini membicarakan tentang pada hari khiamat,semua mata pasti akan menangis kerana menyesal kecuali 3 jenis mata:
  1. Mata yang dipejam dari segala yang haram
  2. Mata yang berjaga malam
  3. Mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.
hm,,raseny jelas kot jenis2 mata yang tergolong di antara mata yang senang ketika hari akhirat nanti.
oleh kerana saya ada sedikit masa terluang,makanya ingin perjelaskan lagi cket la.

Mata yang dipejam dari segala yang haram bermakna mengelak dari melihat maksiat dan kemungkaran seperti melihat gamba seksi,benda yang boleh menaikkan syahwat atau yang sewaktu dengannya.

Mata yang berjaga malam kerana jihad fisabilillah pula ditujukan kepada mereka yang bersengkang mata demi  untuk menegakkan agama Allah tidak kira dalam bentuk jihad kecil mahupun besar.Jihad terlalu besar maksudnya kerana jihad bukan sekadar berperang di jalan Allah.

Mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat pula dimaksudkan kepada mereka yang bertaubat kepada Allah,mereka yang Ta;jub dengan kebesaran Allah dan mereka yang Sentiasa yakin dengan Kekuasaan Allah.dan oleh kerana itu mereka ini telah mengeluarkan sedikit air mata maka itu sudah menckupi untuk memadamkan nyalaan api neraka.Sesugguhnya Allah itu maha mengetahui dan maha penyayang.


solusinya..jagelah mate kte sebaiknya kerana mereka mempunyai hak yang perlu kte penuhi yaitu sentiasa melihat perkara yang baik,tidur secukupnya dan menjaga kebersihannya.Jika kita gagal berbuat demikian khuatir mereka akan tuntut hak mereka di akhirat kelak..masya allah.

Akhirul kalam..assalamualaikum.

No comments:

KHAIRUL IKHWAN
KKomited
HHarum
AAmanah
IIkhlas
RRamah
UUntung
LLemah-lembut
IIdealistik
KKreatif
HHarum
WWarak
AAlim
NNaif
Apa ada pada nama?