Followers

Tuesday, 20 December 2011

Positif Menuju Kejayaan ♥

Tahun masihi 2011 hampir menutup tirainya, Syukur pada Allah diatas segala apa jua yang kita semua terima disepanjang tahun ini, semoga kita diberikan taufiq dan hidayah dan mudah-mudahan ditahun yang mendatang, kita akan dipertambahkan lagi nikmat dan kebaikan terhadap kehidupan kita.Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf diatas segala apa jua kesilapan saya pada anda semua.


Jadi,apakah rahsia menuju kejayaan hanya dengan berfikir positif..?

Kita perlu memulakannya dengan bersyukur atas segala apa yang kita terima sepanjang kehidupan kita,
segala yang baik dan segala yang buruk..walau dalam apa acara sekalipun ia berlaku.
Terimalah ia seadanya dan yakin disebaliknya tersirat 1001 kebaikan.

  • Untuk menjadi seorang yang berjaya,pertama sekali anda perlu kenal pasti apakah sebenarnya keinginan kita.Tetapkan pendirian dan yakin bahawa apa yang anda inginkan itu akan menjadi kenyataan.
  • Kemudian,kita perlu berdoa pada Tuhan supaya memakbulkan keinginan kita.Mulaka dengan sering membayangkan yang anda sedang mendapat apa yang anda inginkan tersebut.Perkara ini bukanlah angan2 semata.Tetapi otak kita sedang menarik perkara yang dihajati kepada diri anda.
  • Setelah itu,anda harus meyakinkan diri anda yang anda memang akan mendapat perkara yang anda ingin kan itu.
  • Seterusnya.setelah kita berdoa pada Tuhan.sudah tentu akan memberikan jalan kepada kita untuk kita merealisasikan perkara yang diingini tersebut.Terpulang kepada kita untuk merebut peluang atau membiarkan keinginan kita sekadar menjadi angan semata.Kita perlu berusaha untuk menuju ke arah memiliki perkara yang diinginkan.
  • Akhir sekali,kita perlu bersyukur dan menerima apa jua suratan yang tertulis setelah kita beruasaha semampu yang mungkin.Sesungguhnya segala yang berlaku didalam perancangan Allah.
Setiap perkataan yang kita katakan,percayalah..ianya adalah doa yang amat mujarab tanpa kita sedari.
Otak kita memiliki cas2 yang dikeluarkan setiap kali kita berfikir.Jika kita berfikir dan 
berkata perkara yang baik,Maka baiklah perkara yang akan datang kepada kita.Cas yang dikeluarkan 
otak kita itu sebenarnya sedang menarik perkara yang kita katakan dan fikirkan.

Oleh itu,berhati-hatilah dengan setiap patah kata.kerana ianya adalah doa.MasyaAllah.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Percayalah sesuatu yang lebih baik sedang menunggu anda 
dan sekiranya anda berjaya memiliki keinginan anda.bersyukurlah atas nikmat itu kerana
setiap perkara yang berlaku adalah ujian untuk semua manusia.





2 comments:

arjunasetia said...

very nice article, minta izin share boleh ye :)

Kay Sablihan said...

ok awk.. :)

KHAIRUL IKHWAN
KKomited
HHarum
AAmanah
IIkhlas
RRamah
UUntung
LLemah-lembut
IIdealistik
KKreatif
HHarum
WWarak
AAlim
NNaif
Apa ada pada nama?