Followers

Sunday 18 March 2012

The edge of the Garden

Pukul 1 pagi,sambil berbual dengan yang tersayang,kebosanan melanda lalu menggerakkan diriku membuka suis LED tv di dinding blik.Menu di saluran Astro 702 menunjukkan sebuah tayangan penuh The Edge of the Garden yang mengisahkan mengenai seorang lelaki,Brian yang berpindah ke rumah baru.Segala kisah bermula selepas dia menemui seuntai loket di dalam rumahnya.ikuti kisah selanjutnya di perengan yang akan datang..


Haha..saja gimik,cter dia sangat menyentuh hati dan membuatkan aku rase untuk menulisnya disini.Selepas Brian  jumpa loket tu,dia keluar rumah dan mendapati ad gadis sedang mencari2 sesuatu di halaman rumahnya.gadis itu sedang mencari loketnya yang berada di tangan Brian.Ketika Brian menghulurkan loket tersebut,loket itu terjatuh menembusi tangan Nora Hargreaves.Insiden itu menimbulkan kepelikan pada kedua buah pihak.


Rupa2 nya,Nora dari tahun 1960,manakala Brian adalah penghuni rumah yang sama 50 tahun selepasny.Mereka dihubungkan melalui loket milik Nora,loket turun temurun itu berlambangkan cinta sejati namun hilang lalu muncul Brian untuk memulangkannya kembali harta warisan itu kepada tuannya.


Nora mempunyai seorang suami yang tidak memahaminy.Nora dan Brian kadangkala bertemu di kerusi yang terletak di taman bunga Nora pada waktu malam.Mereka berhubung melalui surat yang diletakkan dibawah serombong asap.Hari demi hari,mereka semakin rapat sehinggalah Brian berjaya membantu Nora menyembuhkan penyakit yang dihidapinya.


Klimaks cerita apabila Brian mendapati Nora akan mati dalam kebakaran rumah angkara suami Nora sendiri yang pentingkan diri sendiri.Brian berjaya mengubah sejarah apabila dia memberitahu Nora supaya keluar dari rumah itu sbelum dia dibunuh.Nora akhirnya selamat dan hidup untuk 50 tahun yang akan datang untuk bertemu dengan Brian.Brian memulangkan loket milik Nora dan ia menjadi milik cucu Nora,Sarah.




No comments:

KHAIRUL IKHWAN
KKomited
HHarum
AAmanah
IIkhlas
RRamah
UUntung
LLemah-lembut
IIdealistik
KKreatif
HHarum
WWarak
AAlim
NNaif
Apa ada pada nama?