Followers

Saturday 21 July 2012

Selamat Datang Ramadhan.. :)

Bismillah..Assalamualaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah sekalian..

Alhamdulillah kte diberi peluang untuk menyambut Ramadhan sekali lagi..Jadi,apakah perancangan amalan kita untuk Ramadhan kali ini..? Adakah sama dengan Ramadhan yang lalu..Lebih buruk,,atau mahukan yang lebih baik..?? Sekiranya mahukan yang lebih baik,,sejauh mana pula usaha kita untuk itu..Renung2 kan...Masih belum terlambat untuk memulakan langkah untuk mendapatkan keberkatan yang terdapat didalam Ramadhan kali ini..

“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup rapat pintu Neraka dan ditambat para Syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nisai)

Jadi apakah yg boleh kita amalkan untuk mendapatkan Ramadhan yg terbaik..?

Nabi s.a.w. bersabda yg mafhumnya : “Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu” (HR. al-Bukhari)


Insya Allah kita boleh la perbanyakkan.. :-



  • Bangun malam. 
  • Baca Al Quran.
  • Berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
  • Bersahur.
  • Bersolat di mana azan berkumandang.
  • Bermuhasabah dan istigfar atas dosa lalu.
  • Berdoa.
Insya Allah kita juga boleh kurangkan/elakkan :=
  • Melihat benda tak senonoh.
  • Mengusha.
  • Makan dan minum ikut nafsu.
  • Mengon9 malam2 tanpa pengisian.
  • Mengisi masa dengan tidur.
  • dan yang seangkatan denganny.. :)


Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."
4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.
5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."

(Riwayat Imam Ahmad)

No comments:

KHAIRUL IKHWAN
KKomited
HHarum
AAmanah
IIkhlas
RRamah
UUntung
LLemah-lembut
IIdealistik
KKreatif
HHarum
WWarak
AAlim
NNaif
Apa ada pada nama?