Followers

Friday 8 February 2013

Untukmu Adam


Salam dihulur setulus bicara,
Sejahtera keatasmu sebagai hamba,
Moga kita masih berada di bawah rahmat-Nya,
Yang Maha Pengampun Maha Berkuasa.

Asif jiddan andai bicara Hawa,
Mengganggu Adam mencuri masa,
Sungguh mujahadah ini memandu Hawa,
Menyusun bicara meluah rasa.

Untukmu Adam,
Yang amat Hawa hormati,
Usah ditanya mengapa hawa pergi,
Usah disoal mengapa Hawa menjauhi,
Usah jua dimusykilkan hati,
Mengapa Hawa menjarakkan diri.

Untukmu Adam tiada benci,
pada perilaku dan peribadi,
Saat ini Hawa hijrahkan diri,
Mengatur langkah mendidik hati,
Cuba bermujahadah menongkah budi,
Mencari sinar yang didambai,
Lantas usah didukai,
Pengislahan diri.

Mujahadah ini mengajar Hawa,
Mempersiapkan diri meraih taqwa,
Menjadi insan yang lebih sempurna,
Dan menginsafi khilaf butir bicara,
Agar kalamnya selembut sutera,
Bak sekuntum Az-Zahra,
Yang harumnya menyenangkan jiwa.

Di jalan damai ini,
Harus Hawa siapkan diri,
Mengadun amal menyantun budi,
Agar menjadi Nisa berakhlak tinggi,
Mahmudah terpuji hiasi peribadi,
Zahir dan batin tiada sangsi.

Harapku jua,
Padamu Adam agar bersama,
Dijalan mujahadah ini kita melangkah,
Usah berleka dek kealpaan dunia,
Persiapkanlah diri , hati dan jiwa.

Semoga di suatu ketika,
Dirimu menjadi Imam kepada Hawa,
Memabawa Hawa di jalan yang sama,
Di atas hamparan kehidupan yang tersedia.

Hanya kerana Allah,
Kita bertemu,
Jua hanya kerana-Nya.
Mujahadah ini akan bersatu.

Andai lafaz sakinah itu bukan takdirnya,
Pada hati harus pasrah,
Jiwa harus tabah,
Ini suratan-Nya,
Pasti akan ada hikmahnya,
Usah kecewa,
Kerana niat utama sebuah hijrah,
Hanya kerana Allah semata,
Berdoalah,bersyukurlah,
Agar hati sentiasa menerima,
Setiap segala kerana Allah.

Moga untuk Adam pendamping An-nisa',
Adalah yang terbaik kurniaan-Nya,
Dan moga untuk Hawa,
Adanya sentuhan Rahmah,
Dari yang Esa Pemilik Cinta,
Menguatkan hati pada segenap rasa,
Agar hati yang bermujahadah,
Sentiasa berkilau dalam kasih sayang-Nya,
Menjadi permata yang berharga,
Untuk Ummah dan Agama.

Harapan dan doa diiringi,
Moga jua hubungan ini,
Akan sentiasa dirahmati Rabbi,
Sungguh,hanya kerana Illahi,
Mujahadah ini diharungi.

Akhir kalam daripada Hawa,
Untuk Adam lafaz bermadah,
Yakinlah..
Mujahadah itu pahit kerana,
Syurga itu manis fitrahnya,
Semoga haruman mujahadah ini,
Akan sentiasa mengharumi,
Taman perjuangan kita !

In Shaa Allah..

2 comments:

Nazmin Nazifa εїз said...

Terbaikkkk,seronok baca . Damai rasa :D Thumbs up !!!

Kay Sablihan said...

tengs :)

KHAIRUL IKHWAN
KKomited
HHarum
AAmanah
IIkhlas
RRamah
UUntung
LLemah-lembut
IIdealistik
KKreatif
HHarum
WWarak
AAlim
NNaif
Apa ada pada nama?