Followers

Tuesday, 1 January 2013

Taubatku


Sebelum mata terlena,
Dibuai malam gelita,
Takafurku di pembaringan,
Mengenangkan nasib diri,
Yang kerdil lemah bersalut dosa,
Mampukah ku mengharungi,
titian sirat nanti,
Membawa dosa yang menggunung tinggi,
Terkapai ku mencari limpahan
hidayah-Mu..

Agar terlerai kesangsian hati ini,
Sekadar air mata tidak mampu,
Membasuhi dosa ini,
Sebelum mata terlena,
Dengarkan rintihan ini,
Tuhan..
beratnya dosaku,
Tak daya aku pikul sendiri,
Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu,
Yang dapat meringankan,
Hulurkanlah makrifahmu,
Andainya esok bukan milikku lagi,
da mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi..

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana,
Lepaskan beban ini,
Yang mencengkam jiwa dan ragaku,
Selimuti diriku,
Dengan sutra kasih sayangmu,
Agar lena nanti,
Ku mimpikan syurga yang indah abadi..

Pabila ku terjaga,dapatlah diriku rasai,
betapa harumnya,wangian syurga firdausi,
oh ilahi,
Akan ku teruskan selamanya,
 pengabdianku kepadamu..
Hingga ke hujung nyawaku...


4 comments:

Nazmin Nazifa said...

nice !!! :D

Kay Sablihan said...

tengs :)

atthirah aminudin said...

Allah Maha Penerima Taubat .. in shaa Allah , Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk hamba2Nya yang ingin bertaubat !

Kay Sablihan said...

INsya Allah..betul3..! :)

KHAIRUL IKHWAN
KKomited
HHarum
AAmanah
IIkhlas
RRamah
UUntung
LLemah-lembut
IIdealistik
KKreatif
HHarum
WWarak
AAlim
NNaif
Apa ada pada nama?