Followers

Thursday 3 January 2013

Tanda Hati Sudah Mati

Okay.Assalamualaikum WBT..seperti yang kita tahu..hati merupakan raja bagi segala perlakuan kita.Dalam hadis Rasullah SAW ada mengatakan : Dalam sesuatu jasad ade seketul daging,Apabila baik daging itu maka baiklah seluruh jasad itu.Apabila buruk daging itu,maka buruklah seluruh jasad.Dan daging tersebut adalah HATI.

Hati yang baik akan membawa jasad ke arah kebaikan dan sudah tentu juga akan membawa orang disekelilingnya kearah kebaikan juga.Hati yang mati ini amatlah dikhuatiri dan dibimbangi kerana hati yang mati adalah hati yang gelap dan susah untuk menerima nasihat,,dan lain2 lagi..Apabila hati sudah mati..Adakah anda dapat jamin jasadny mampu melakukan ibadah dengan lebih baik?

Tanda tanda hati MATI adalah seperti yang berikut:
  • Mengaku kenal Allah swt,tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  • Mengaku cinta kepada Rasullah SAW,tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  • Membaca Al-Quran,tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum didalamnya.
  • Memakan nikmat-nikmat Allah swt,tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
  • Mengaku syaitan itu musuh,tetapi tidak berjuang menentangnya.
  • Mengaku adanya nikmat syurga,tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • Mengaku adanya siksa neraka,tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  • Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa,tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  • Menyibukan diri membuka aib orang lain,tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  • Menghantar dan menguburkan jenazah,tetapi tidak mengambul pengajaran daripadanya.
Punca-punca hati mati adalah:

  • Hati tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
  • Hati juga mati jika tidak diberikan makann dan santapan rohanni sewajarnya.Kalau tubuh badan boleh mati jika kita tidak makan dan minum..begitu juga hati.
Oleh itu..ubatilah hati kita kerana hati yang mati kadang akan menjadi penghalang untuk kita mendapat apa yg kita hajati..





2 comments:

atthirah aminudin said...

sentiasalah bermuhasabah setiap malam sebelum tidur :)

Kay Sablihan said...

insya Allah :)

KHAIRUL IKHWAN
KKomited
HHarum
AAmanah
IIkhlas
RRamah
UUntung
LLemah-lembut
IIdealistik
KKreatif
HHarum
WWarak
AAlim
NNaif
Apa ada pada nama?