Followers

Monday 19 December 2011

FADHILAT AL-KURSI

 Terdapat banyak kelebihan-kelebihan ayat kursi yg kebanyakan dari kita tidak tahu,buat2 tak tahu ke, 
terlupe ke..

Apakah ayat kursi ni sebenarny.?
  • -merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas.
  • Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam surah al baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat muslim.


Sejarah Ayat kursi plak..

Ayat kursi diturunkan setelah hijrah.Semasa ayat kursi diturunkan,beribu-ribu malaikat telah diutus untuk mengiringi penurunan ayat ini kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi takut dan gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.
Kemudian,Rasullah SAW dengan segera telah memerintahkan zaid tsabit menulis dan menyebarkannya.

  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar rumah atau masuk dan hendak bermusafir.insya allah akan terpeliharalah dirinya dari gidaan syaitan,kejahtan manusia,binatang buad yang akan memudharatkn dirinya,bahkan keluarga,anak-anak,harta benda juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t
  • Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insya Allah akan mencerdaskan akalnya serta memudahkan menerima ilmu pengetahuan.
  • Rasullah SAW bersabda bermaksud "sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat kursi Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya."
  • Barangsiapa yang membaca ayat kursi ketiak kesempitan,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
  • Mereka yang beramal dengan Ayat kursi akan dicintai Allah dan dipelihara seperti mana dipelihara Nabi Muhammad.
  • Barangsiapa yang membaca ayat kursi diakhir solat fardhu,akan dipelihara oleh Allah sehinnga ke solat fardhu yang lain.dan jarak yang memisahkan antara mereka dengan syurga hanyalah kematian.
  • Barangsiapa yang membaca ayat kursi sebelum tidur pula akan dilindungi Allah sehingga esok pagi dan akan dilindungi juga rumahnya dan jirannya.
  • Barangsiapa yang membaca ayat kursi diakhir sembahyang,Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang dengan nabi Allah sehinnga mendapat mati syahid.


Masya allah.begitu besar sekali rahmat allah terhadap hamba2nya yang mengamalkan ayat2nya..bnyak2 kan istigfar dan musahabah diri adakah kte telah menjadi hamba allah yang terbaik dan adakah kte telah bersedia untuk menghadapi hari dimana amalan kita ditimbang.?




No comments:

KHAIRUL IKHWAN
KKomited
HHarum
AAmanah
IIkhlas
RRamah
UUntung
LLemah-lembut
IIdealistik
KKreatif
HHarum
WWarak
AAlim
NNaif
Apa ada pada nama?