Followers

Monday 19 December 2011

Perkara yang Merosakkan Hati..

Peredaran zaman berjalan sungguh pantas tanpa kita sedar..Kini dunia semakin sarat dengan teknologi 
moden dimana kita boleh melakukan apa2 aplikasi hidup dimana-mana.

Tanpa kita sedari,segala kesenangan yang dikecapi telah membuatkan kita semakin leka dan lalai dengan
nikmat dunia yang sungguh indah pada kaca mata manusia.

Dan akibat dari kelalaian kita ini telah memberi kesan yang ketara kepada diri kita terutama HATI.
Terdapat banyak perkara-perkara yang boleh merosakkan hati kita..

Antaranya ialah..

Kita sengaja melakukan dosa dengan harapan dosa akan diampunkan.Sememangnya Allah itu maha 
pengampun.Tetapi kita tidak wajar melakukan sesuatu maksiat sedang kita tahu akn hukumnya.

Memiliki ilmu tetapi tidak diamalkan.Setiap dari kita perlu memulakan hari dengan ilmu.samada menjadi pendengar ilmu,pemberi ilmu,pencari ilmu dan lain2.Tetapi apakah kegunaan ilmu yang kte dapat tanpa
menggunakannya?

Apabila beramal tidak ikhlas kepada Allah.Perkara ini sama seperti kte sembahyang tetapi hati kte memikirkan tentang sesuatu yang lain,melakukan amal kebaikan kerana disuruh atau paksaan.

Memakan rezeki Allah tetapi tidak pernah bersyukur kepada Allah.Tidak lain dan tidak bukan statement 
ini merujuk kepada mereka yang kufur nikmat.lalai dengan nikmat dunia.apabila kte tidak bersyukur atas rezeki yang dikecap.khuatir kte akan terputus dari rahmat Allah.wallahu alam.

Tidak redha dengan pemberian Allah.Setiap dari kte telah ditetapkan qada' dan qadar kte.Marah,
menyesal,tidak menerima sesuatu yang buruk berlaku kepada kte samalah seperti kte tidak puas hati dengan 
perjalanan hidup kte yang telah ditentukan.

Sering mengubur orang mati tetapi tidak mengambil pengajaran darinya.Kematian itu adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal dan setiap orang pasti akan melaluinya.Persoalannya.adakah kte benar2 sempurna untuk menghadapi detik kematian itu.?

Manusia seringkali lupa dan lalai dalam mengingati Tuhannya dalam apa jua keadaan.Apakah yang
boleh kita lakukan untuk perbaiki keadaan ini.Mulakan dengan menjadikan segala aktiviti seharian dengan
lafaz bismillah supaya kerja seharian dapat dijadikan ibadah lantas mendekatkan diri 
kita dengan tuhan Insya Allah.




█████████████████████████████████████████████████
I S L A M _ I S _ T H E _O N LY _ P A T H _ T O _ T H E _ P E R F E C T _ L I F E _ !█████████████████████████████████████████████████





No comments:

KHAIRUL IKHWAN
KKomited
HHarum
AAmanah
IIkhlas
RRamah
UUntung
LLemah-lembut
IIdealistik
KKreatif
HHarum
WWarak
AAlim
NNaif
Apa ada pada nama?