Followers

Tuesday 27 December 2011

solat Dhuha dan kelebihannya.

Kita mulakan pembacaan kita tentang kebaikan solat dhuha hari ini dengan pengenalan tentang solat dhuha,,

Dhuha bermaksud pagi..maka,ia ditunaikan pada waktu pagi..yaitu kira2 20 minit selepas terbit matahari,
atau disebut dalam kitab2 fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh 
sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni 2 meter.Waktu solat Dhuha berakhir sebelum menjelang 
Zohor.

Niat solat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha kerana Allah Taala.


Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , baginda bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang     dinamakan 'Dhuha'. Maka jika kamu datang pada hari kiamat kelak serulah
 (malaikat) penyeru : manakah orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu , silakan masuk kedalam dengan rahmat Allah " Al-Tabrani

 Rasullah SAW bersabda : "Siapa saja yang dapat mengerjakan solat sunat dhuha dengan istiqamah akan
diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu seluas lautan. "

Daripada Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barangsiapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat istana baginya daripada emas di syurga " riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah

Rasullah SAW bersabda : " Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada
orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat " hadis riwayat at Tirmizi



3 comments:

susulemakmanis said...

nice sharing!

khadijah nas said...

good entri!!

Kalau nak dipermudahkan dalam melakukan sesuatu pekerjaan tak kira la study ke, mudah dapat kerja ke, bagus amalkan solat dhuha.

Suka gila dengar doa dhuha, selalu IKIM pasang setiap pagi :)

Kay Sablihan said...

tengs :)

KHAIRUL IKHWAN
KKomited
HHarum
AAmanah
IIkhlas
RRamah
UUntung
LLemah-lembut
IIdealistik
KKreatif
HHarum
WWarak
AAlim
NNaif
Apa ada pada nama?